Jepun...gempa bumi, tsunami & letupan loji nuklear.

Sunday, March 20, 2011

11 Mar'11...

Dlm kegembiraan aku mnyambut kelahiran putera ke-2 ku..kite di gemparkan dgn bencana yg menimpa negara matahari terbit,Jepun. sebuah negara yg aku rasa masih kuat & meneruskan tradisi mereka iaitu tunduk setiap kali menyapa atau bertemu org. Kuat dgn adat & budaya mereka walaupun rata2 di kalangan rakyat mereka kurang fasih berbahasa omputih, mereka begitu mengagungkan bahasa ibunda & budaya mereka.

Cuba kite lihat & renungkan, mampukah kite rakyat Malaysia atau negara2 lain sekuat, setabah, setenang & penuh kesabaran rakyat negara matahari terbit ini dlm menghadapi situasi genting spt ini? 3 bencana dtg bertimpa2 dlm tempoh yg cukup singkat, gempa bumi, tsunami & letupan loji nuklear. bak kata pepatah melayu " Sudah jatuh di timpa tangga".

Sbg rakyat Malaysia, aku rasa kite jarang ditimpa bencana alam yg teruk..paling2 teruk pon banjir beso, runtuhan Highland Tower ataupon kemalangan ngeri. Tp yg paling teruk Malaysia alami masa tsunami thn 2004 itupon sbb tkene tempias tsunami yg teruk di Banda Acheh. Mungkin kehilangan nyawa x setinggi Jepun yg mungkin mencecah ribuan, puluhan ribu atau ratusan ribu klau nak dibandingkan dgn Malaysia yg munkin hnya 3 angka saje. Bersyukur sgt kite di Malaysia...

Tp..yg aku kagum sgt dgn negara Jepun nie, walaupun mereka kehilangan org2 tsayang, tempat tinggal, makanan, harta bende..mereka ttp tabah, tenang, & sabo dlm menghadapi apa jua dugaaan yg melanda, masih lg boleh sabo beratur mnunggu tiba giliran utk mndapt bekalan makanan, pakaian & ubat2an. X der pon berebut2 ke, wat rusuhan ke, marah2 krjaan mereka.

Dan di kejauhan ini..hnya yg termampu aku lakukan ialah berdoa semoga mereka terus tabah & kuat..Cume aku terkenangkan bekas rakan2 sekerja ku di Funai iaitu,Ohba San & Shun San.. semoga mereka terselamat dr bencana.

0 comments: